Monday, December 14, 2009

Pengembaraan Jaya - 40km

            Pada 8 Disember 2009, sekumpulan pengakap dari Kumpulan Pengakap 18 Tawau yang terdiri daripada 7 orang pengakap telah menyertai pengembaraan jaya sepanjang 40km dengan berbasikal. Tujuan pengembara ini adalah untuk memenuhi program latihan lencana Jaya. Peserta ini berbasikal sepanjang 23km lalu berkhemah di sebuah kebun rakan mereka dan meneruskan pengembaraan mereka pada esok pagi. Dalam pengembaraan ini, terdapat seorang penolong pemimpin, dua orang penguji dan enam orang servis co mengikut pengembara ini.

             Peserta-peserta ini dibahagikan kepada dua patrol, iaitu Patrol Jasai dan Patrol Itik. Setelah mereka bersedia, Patrol Jasai bertolak dahulu pada 7.35 pagi, diikuti iaitu Patrol Itik bertolak pada 7.55 pagi. Mereka diwajibkan untuk menjalankan tugas yang diberikan dalam pengembara mereka. Dalam perjalanan, salah satu peserta dari Patrol Jasai telah cedera sebab jatuh dari basikalnya akaibat breknya tidak berfungsi. Peserta ini tidak berputus asa terus menerusi pengembaranya. Pada 12.30 tengah hari, Patrol Jasai telah tiba di tapak perkhemahan. Patrol Itik juga tiba di tapak prkhemahan pada 12.45 tengah hari dengan selamat. Selepas rehat sebentar, mereka bermula menyediakan makanan tengah hari.

             Pada 2 petang, peserta dan pengakap remaja diberikan tugas untuk mendirikan sebuah pondok sementara(bivouac). Setelah itu, peserta bertukar baju untuk bermandi di sungai yang berhampiran. Pada 5.15petang, mereka bersama pengakap remaja mengutip kayu api untuk memasak masakan rimba. Pada masa yang sama, Skipper Vincent telah datang. Beliau bersama kita memasak masakan rimba. Selepas itu, beliau pulang ke rumahnya. Peserta yang cedera itu dipaksa untuk balik ke rumah akibat keadaannya sangat teruk. Yang lain itu, mereka mula merancang dan mempersembahkan tarian untuk malam kebudayaan sehingga 9.30 malam. Selepas itu, mereka semua tidur.

             Pada hari kedua, mereka bersarapan dan membersihkan tapak perkhemahan lalu memeriksa basikal mereka. Pada 8.30pagi,  Patrol Jasai meneruskan pengembaraan mereka dan diikuti Patrol Itik bertolak pada 8.52 pagi dengan semangat yang tinggi. Mereka juga diwajibkan menjalankan tugas yang diberikan. Pada 11.45 pagi, Patrol Jasai telah menamatkan pengembaraan mereka. Mereka sambil berehat sambil menunggu ketibaan patrol lain. Pada 12.15 tengah hari, Patrol Itik telah tiba. Sebelum bersurai, Skipper Vincent mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta. Kami semua juga mengambil gambar bersama-sama.


              Patrol Jasai


Patrol Itik sedang melaporkan diri kepada penguji



Setelah tiba di tapak perkhemahan



Pengakap remaja sedang mendirikan pondok sementara



Pondok sementara yang didiri oleh pengakap remaja



Pondok sementara yang didiri oleh peserta-peserta



Memasak masakan rimba



Kami mengambil gambar sebelum mereka bertolak

Sunday, December 13, 2009

Ke arah Pengakap Raja

Lencana Pengakap Remaja






Lencana Pengakap Muda



Saturday, December 12, 2009

Activities In December

1. Our committee training camp started from 5/12/2009 until 12/12/2009. Hope all of you will appreciate what you learned from here and try your best to use it in the future.

2. Congratulation to all the participants who took part in the Jaya Hiking. You guys did well in your exam. Keep it up, and try your best to achieve a higher ranking.

3. 18/12/2009 - 20/12/2009, there is a camping.
  • Camp fee: RM 50
  • Venue: 普照寺
For more information, please contact JK (0178967737) or KS (0135533788) or leave a comment. We will reply as soon as possible.